Monday 20 November 2017

PENGENALAN KEPADA IRINGAN HIJAU

Iringan Hijau merupakan salah satu projek pembangunan yang telah dimajukan oleh Dawntree Properties, di mana projek ini agak mendapat perhatian oleh para pelabur. Projek pembangunan ini turut mendapat anugerah daripada PAM, iaitu Pertubuhan Akitek Malaysia, atas kebolehan reka bentuk bangunan Iringan Hijau untuk meluahkan mood secara intelektual dan lanskap di sini telah menunjukkan keanggunannya walaupun direka berdasarkan konsep dan reka bentuk yang sangat mudah.

Iringan Hijau terletak di Ampang Hilir dan ia merupakan sebuah bangunan kondo 3 tingkat dan terdapatnya 26 unit secara total. Bahagian luaran bangunan terdiri daripada lapisan konkrit yang moden, besi keluli, aluminium, kaca dan disempurnakan oleh balak balau. Reka bentuk yang begitu anggun sekali berjaya menarik minat pelabur untuk menjadikannya sebagai pangsapuri untuk disewa di Ampang.

Iringan Hijau dibina pada lanskap yang terdiri daripada pelbagai tingkat dan pelbagai tekstur. Secara totalnya, ia mempunyai 26 ruangan yang tersendiri untuk anda tinggal dan jauhi diri daripada kehidupan yang sibuk.

Reka bentuk dan rupa luaran rumah telah banyak diberi perhatian semasa pembinaan rumah – rumah di iringan Hijau. Ini adalah kerana pemaju, iaitu Dawntree Properties berpendapat bahawa rumah mempunyai nilai kefungsian yang lebih tinggi dan bukannya bertindak sebagai tempat bertuduh semata – mata. Rumah –rumah patut dibina untuk mengekalkan ataupun merapatkan hubungan sesame ahli keluarga.

Monday 6 November 2017

PENGENALAN KEPADA KIPARK SELAYANG

KiPark Selayang merupakan satu kondominium jenis tanah hak milik kekal yang terletak di bandar Selayang, Selangor. Projek ini telah mengambil beberapa tahun untuk dilaksanakan dan telah disiapkan pada tahun 2008. Menurut maklumat yang dibekalkan, pemaju KiPark Selayang ialah KIP Group, atau nama penuhnya Kepong Industrial Park Group.

KiPark terdiri daripada bangunan yang setinggi 12 tingkat dengan kesemua unitnya 196 unit. Terdapatnya tiga jenis reka bentuk unit yang berlainan untuk dipilih oleh pembeli, iaitu 3 bilik tidur dan 2 bilik air; 3+1 bilik tidur dan 2 bilik air; 5 bilik tidur dan 4 bilik air untuk unit penthouse. Keluasan unit berjarak dari 967 sq.ft sehingga 1,139 sq.ft. Untuk unit standard dan 1,1914 sq.ft untuk unit penthouse. Antara unit-unit yang banyak ini, unit standard paling banyak digunakan sebagai rumah untuk disewa selayang kerana keluasannya yang tidak besar sangat.

Antara kemudahan-kemudahan yang boleh didapati di KiPark Selayang termasuklah gym, pasar mini, tapak permainan, tabika, kolam renang dan pengawal keselamatan 24 jam. Dari segi pengangkutan pula, Ki Park Selayang boleh dicapai dengan Lebuhraya Selayang-Kepong dan Middle Ring Road 2 (MRR2).

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai KiPark, sila cari melalui enjin carian Google dan mendapatkan komen-komen daripada penduduk KiPark Selayang.

Tuesday 24 October 2017

PEMBANGUNAN BERKUALITI: PROJEK KAJANG EAST

Kajang East merupakan salah satu projek daripada MKH, di mana MKH merupakan pemaju utama untuk projek ini. Projek Kajang East adalah berdasarkan konsep “pembangunan dalam kehijauan”, ataupun boleh dikatakan pembangunan yang dijalankan dalam persekitaran yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Kajang East merupakan hartanah yang milik kekal, dengan jenis hartanah iaitu rumah teres dua tingkat. Secara keseluruhannya, Kajang East mempunyai 4 Precinct, iaitu Precinct 1, Precinct 2, Precinct 3 dan Precinct 4. Precinct 3 dan Precinct 4 telahpun habis dijual dan Precinct 2 masih dalam proses jualan dan dipercayai akan habis dijual dengan cepat. Pada masa yang akan datang, Precinct 1 akan siap dibina dan akan dibuka untuk dibeli oleh orang ramai.

Kajang East telah menjadi tumpuan orang ramai dan telah banyak dijadikan rumah sewa kajang atas beberapa sebab. Sebab utamanya ialah kedudukannya yang strategik di mana ianya sangat dekat untuk pergi ke bandar dan bandar-bandar lain yang berdekatan.Reka bentuk Kajang East turut mendapat sambutan yang positif di mana ia dikomen sebagai reka bentuk bangunan yang “berkualiti”, “moden” dan “selesa”. Reka bentuk Kajang East yang istimewa ini telah berjaya mendapat anugerah di dalam dan luar negara.

Monday 9 October 2017

SDB BAKAL MELANCARKAN PROJEK RM450MIL DI GOMBAK

Selangor Dredging Bhd. (SDB) berancang untuk melancarkan satu projek perkembangan di Gombak, Selangor dengan anggaran kos pelaburan sebanyak RM450mil.

Pihak pemaju memberitahu Bursa Malaysia bahawa mereka berancang untuk memajukan 588 unit perumahan, termasuk 176 unit hartanah bawah skim Selangorku dengan kemudahan-kemudahan awam.

Tarikh siap projek dan mula projek akan diumumkan kemudian dan SDB telah bersetuju untuk membeli 2 keping tanah agrikultur berkeluasan 4097 akre dari Alam Palma Development Sdn. Bhd (APDSB) dan Ebic Development Sdn. Bhd. Dengan kos sebanyak RM67.5mil untuk projek ini.

APDSB telah menghantar permohonan kepada peihak yang berkuasa untuk mengembangkan tanah tersebut dengan meningkatkan ketumpatan tanah sebanyak 60 unit/akre tetapi permohonan ini masih di bawah pertimbangan.

SDB telah menyatakan bahawa harga pembelian tanah adalah RM4.8mil lebih rendah daripada harga pasaran berdasarkan repot penilaian daripada Raine & Horne International Zaki+ Partners Sdn. Bhd. Pada 11 Januari 2016, iaitu sebanyak RM72.3mil. Selepas pembelian tanah tersebut, harga saham SDB telah meningkat sebanyak 94sen pada minggu lepas.

Dengan adanya projek perumahan ini, dijangka bahawa ramai pembeli akan membelinya untuk tujuan tinggal seisi rumah namun ada pula yang menjadikannya sebagai rumah untuk disewa Gombak kerana Gombak merupakan lokasi yang strategik untuk golongan pekerja yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur tinggal.

Monday 25 September 2017

EMIRA SHAH ALAM

Untuk mereka yang ingin membeli hartanah di Shah Alam, terutamanya golongan pemuda – pemudia, ataupun mereka yang mengidami gaya hidup yang moden dan selesa, Emira Shah Alam pastinya menjadi pilihan utama mereka.

Emira terletak di Seksyen 13, Shah Alam, salah satu bahagian daripada Shah Alam yang paling sibuk. Walaubagaimanapun, di sini tempatnya anda boleh mencari rumah yang begitu aman dan selesa sekali. Emira merupakan gabungan daripada gaya moden dengan alam semula jadi, di mana gaya pembinaan yang amat moden telah bergabung dengan alam semula jadi. Ini dapat dilihat di Garden Patio, satu tempat yang anda boleh menyejukkan badan di dalam kolam renang semasa cuaca panas. Anda juga boleh menikmati Jacuzzi sambil melepaskan stress di dalam minda. Taman yang penuh dengan kehijauan turut sempurna sekali untuk anda nikmati bersama-sama dengan pemandangan Bandar raya yang begitu anggun sekali dari puncak Sky Patio.

Di Emira, apa – apa kemudahan boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki – pusat membeli belah (AEON), hospital, institusi pengajian tinggi (KDU), resort dan lain-lain. Selain itu, stesen LRT & BRT turut bakal dibina dalam kawasan ini.

Berdasarkan maklumat-maklumat seperti yang dinyatakan, memang sah Emira sesuai dijadikan pangapuri untuk disewa di Shah Alam, atas sebab persekitarannya yang cantik dan anggun, dan kemudahan – kemudahan yang amat lengkap sekali.


Tuesday 12 September 2017

PENGENALAN KEPADA WANGSA MAJU METROVIEW

Wangsa Metroview merupakan kondominium yang amat angguh sekali di Wangsa Maju. Ia boleh dimiliki secara kekal dengan harga antara RM172,000 sehingga RM539,000. Unit - unit di dalamnya berkeluasan sebanyak 1,150 sf dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Sehingga kini, nilai hartanah di sini dianggarkan mencecah RM 380 / sf. Antara kemudahan - kemudahan yang terdapat di sini ialah kawasan BBQ, parkir, pasar mini, tapak permainan kanak - kanak, kolam renang, kafeteria dan kawalan keselamatan 24 jam.

Wangsa Metroview amat digemari atas beberapa sebab, antaranya ialah lokasinya. Anda boleh capai ke Wangsa Maju Rapid KL, Sri Rampai LRT dan Jaya Jusco dengan hanya berjalan kaki sahaja. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk anda memandu ke Carrefour dan Giant di Melawati. Selain itu, Wangsa Metroview boelh dicapai dengan bas RapidKL U20, U24, U34 dan T312. Pelbagai jenis makanan juga boleh didapati di situ seperti kafe, gerai makanan, 7 Eleven, farmasi, dan balai polis.

Ramai pelajar dari Kolej TAR memilih Wangsa Metroview sebagai rumah sewa Wangsa Maju kerana ia hanya memerlukan 15 minit untuk berjalan kaki ke kolej. Oleh sebab itu, ramai pemilik unit di sini menjadikannya sebagai rumah sewa untuk mendapatkan keuntungan sampingan.

Monday 28 August 2017

PENGENALAN KEPADA AERA RESIDENCE

Aera Residence berada dalam kedudukan yang strategik di mana ia terletak di titik tengah pertembungan 3 bandar yang utama di Selangor, iaitu Subang Jaya, Puchong dan Petaling Jaya. Ia terletak bersebelahan dengan New Pantai Expressway (NPE) membolehkan penghuninya untuk mencapai ke Sunway, Kuala Lumpur, Subang Jaya dan lebih banyak lagi destinasi yang penting. Aera Residence juga sangat berdekatan dengan lebuh raya seperti NKVE, ELITE, dan KESAS. Kemudahan – kemudahan awam seperti stesen KTM Seri Setia dan LRT juga terdapat di kawasan tersebut di samping daripada perkhidmatan bus dan teksi.

Untuk keperincian hartanah pula, Aera Residence terdiri daripada 2 menara dengan 752 unit secara total. Pemandangan daripada unit amat cantik sekali kerana ia berada di sebelah tasik yang indah. Antara unit-unit ini keluasan unit yang boleh dipilih oleh pembeli ialah dari 718 sf  - 1010 sf.

Aera Residence mempunyai kemudahan-kemudahan yang amat lengkap untuk kegunaan penghuninya, contohnya kolam renang, gym, tapak permainan, kawasan BBQ, gelanggang futsal, perpustakaan kanak-kanak, sauna, dewan serba guna, panggung wayang mini dan lain-lain.

Atas sebab ini, Aera mempunyai nilai hartanah yang amat tinggi. Ramai pelabur membeli unit di Aera Residence dengan tujuan menjadikannya rumah utk disewa Petaling Jaya walaupun ramai juga yang membeli dengan tujuan kegunaan sendiri.