Tuesday 12 September 2017

PENGENALAN KEPADA WANGSA MAJU METROVIEW

Wangsa Metroview merupakan kondominium yang amat angguh sekali di Wangsa Maju. Ia boleh dimiliki secara kekal dengan harga antara RM172,000 sehingga RM539,000. Unit - unit di dalamnya berkeluasan sebanyak 1,150 sf dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Sehingga kini, nilai hartanah di sini dianggarkan mencecah RM 380 / sf. Antara kemudahan - kemudahan yang terdapat di sini ialah kawasan BBQ, parkir, pasar mini, tapak permainan kanak - kanak, kolam renang, kafeteria dan kawalan keselamatan 24 jam.

Wangsa Metroview amat digemari atas beberapa sebab, antaranya ialah lokasinya. Anda boleh capai ke Wangsa Maju Rapid KL, Sri Rampai LRT dan Jaya Jusco dengan hanya berjalan kaki sahaja. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk anda memandu ke Carrefour dan Giant di Melawati. Selain itu, Wangsa Metroview boelh dicapai dengan bas RapidKL U20, U24, U34 dan T312. Pelbagai jenis makanan juga boleh didapati di situ seperti kafe, gerai makanan, 7 Eleven, farmasi, dan balai polis.

Ramai pelajar dari Kolej TAR memilih Wangsa Metroview sebagai rumah sewa Wangsa Maju kerana ia hanya memerlukan 15 minit untuk berjalan kaki ke kolej. Oleh sebab itu, ramai pemilik unit di sini menjadikannya sebagai rumah sewa untuk mendapatkan keuntungan sampingan.

No comments:

Post a Comment