Tuesday 14 March 2017

Sejarah Jelutong

Jelutong berasal daripada bahasa Hokkien, iaitu Jit Lor Tong. Ia merupakan salah satu tempat daripada Georgetown, Pulau Pinang Malaysia.

Sebelum zaman Francis Light, Ia telah mula diterokai pada lewat abad ke-18 oleh pedagang-pedagang Acheh dan India yang tinggal di sekitar muara sungai Pinang, Jelutong. Pada abad ke – 19, ia telah diterokai dengan lebih pesat lagi untuk kegiatan agrikultur dan kemudiannya untuk kegiatan-kegiatan industri dengan pembinaan kilang-kilang dalam bilangan yang banyak. apabila bilangan populasi Georgetown telah meningkat dengan mendadak, populasi di Georgetown terpaksa untuk tinggal di Jelutong dan menyebabkan peningkatan dari segi keluasan kawasan perumahan. Selain daripada kegiatan perindustrian yang pesat, ramai juga penduduk tempatan yang masih mengekalkan kegiatan ekonomi tradisional seperti menangkap ikan dan menghasilkan arang dengan menggunakan pohon pokok api-api di sekitar muara Sungai Pinang.

 Ia pernah menjadi kawasan hitam, atau huru-hara disebabkan oleh kegiatan gangster sehingga tahun 1980, di mana ia menjadi aman semenjak proses urbanisasi berlaku dan Jelutong berubah bentuk menjadi kawasan perumahan.

Jelutong paling dikenali oleh rakyat Malaysia apabila satu peguam tempatan, iaitu Karpal Singh berjaya menjadi wakil di parlimen. Karpal Singh merupakan ahli yang penting dalam parti politik DAP, atau Democratic Action Party dan beliau berjaya mengekalkan tempatnya di parlimen sepanjang 20 tahun, iaitu sehingga tahun 1999 dengan nama samara “Harimau Jelutong”.

Sehingga hari ini, Jelutong masih dikekalkan sebagai kawasan perumahan dan juga serba sedikit kawasan perkilangan. Harga hartanah di Jelutong amat tinggi sekali disebabkan oleh jaraknya yang dekat dengan Georgetown dan juga ke Universiti Sains Malaysia. Ia menjadi rebutan yang hangat kerana harga hartanah dan juga harga sewa rumah sewa Jelutong yang lebih murah berbanding dengan Georgetown. Ianya dipercayai bahawa nilai hartanah di Jelutong akan meningkat dengan berterusan mengikut pengedaran masa.

Sejarah Ampang

Ampang Jaya, atau lebih dikenali sebagai Ampang merupakan salah satu Bandar di  Daerah Hulu Langat dan sebahagian daripada daerah Gombak. Ia ditadbir oleh Ampang Jaya Municipal Council MPAJ, di mana sebelum ini Ampang dinamakan sedemikian juga.

Ampang terletak di barat Kuala Lumpur dan boleh dicapai dengan mudah melalui Jalan Tun Razak atau Jalan Ulu Kelang dari Hulu Klang atau Setapak. Dari Cheras anda boleh mencapai Ampang dengan Jalan Shamelin, dari Taman Cempaka dengan Jalan Tun Razak – Jalan Kampung Pandan, dari Taman Nirwana dengan Kampung Pandan, dari Panda Indah dengan MRR2 dan mountain pass dari Taman Kencana dan Hulu Langat.

Berdasarkan sejarah, Kuala Lumpur dibangunkan pada tahun 1857 selaras dengan kegiatan perlombongan di Sungei Lumpur dan Sungai Klang. Sebelum kegiatan perlombongan bjih timah, Kuala Lumpur hanya satu tempat terpencil dengan beberapa rumah dan kedai. Raja Abdullah, iaitu wakil daripada Sultan Klang dan Raja Jumaat Lukut telah menghantar 87 pelombong Cina untuk melombong bijih timah di Ampang. Di sinilah bermulanya perkembangkan Kuala Lumpur kerana Ampang merupakan tempat yang terawal di Kuala Lumpur yang diterokai untuk kegiatan perlombongan bijih timah.

Nama”Ampang” bermaksud ampangan dalam bahasa Melayu kerana terdapatnya ampangan- ampangan yang dibina untuk pelombong- pelombong pada masa itu. Jalan yang terbina untuk kegiatan perlombongan bijih timah menghubungkan Kuala Lumpur dengan Ampang dan jalan tersebut dinamakan sebagai Jalan Ampang pada masa kini.

Pekan Ampang telah dibangunkan semasa zaman penjajahan British dan kini telah dimasukkan sebagai salah satu dalam metropolitan Kuala Lumpur. Banyak unit-unit kondo dibina di Ampang untuk tujuan penginapan penduduk tempatan. Walaubagaimanapun, terdapat juga pelabur yang membeli unit- unit ini dengan tujuan dijadikan rumah sewa Ampang dan menyewakannya kepada penyewa dengan tujuan mendapatkan keuntungan sampingan yang lumayan.