Monday 20 November 2017

PENGENALAN KEPADA IRINGAN HIJAU

Iringan Hijau merupakan salah satu projek pembangunan yang telah dimajukan oleh Dawntree Properties, di mana projek ini agak mendapat perhatian oleh para pelabur. Projek pembangunan ini turut mendapat anugerah daripada PAM, iaitu Pertubuhan Akitek Malaysia, atas kebolehan reka bentuk bangunan Iringan Hijau untuk meluahkan mood secara intelektual dan lanskap di sini telah menunjukkan keanggunannya walaupun direka berdasarkan konsep dan reka bentuk yang sangat mudah.

Iringan Hijau terletak di Ampang Hilir dan ia merupakan sebuah bangunan kondo 3 tingkat dan terdapatnya 26 unit secara total. Bahagian luaran bangunan terdiri daripada lapisan konkrit yang moden, besi keluli, aluminium, kaca dan disempurnakan oleh balak balau. Reka bentuk yang begitu anggun sekali berjaya menarik minat pelabur untuk menjadikannya sebagai pangsapuri untuk disewa di Ampang.

Iringan Hijau dibina pada lanskap yang terdiri daripada pelbagai tingkat dan pelbagai tekstur. Secara totalnya, ia mempunyai 26 ruangan yang tersendiri untuk anda tinggal dan jauhi diri daripada kehidupan yang sibuk.

Reka bentuk dan rupa luaran rumah telah banyak diberi perhatian semasa pembinaan rumah – rumah di iringan Hijau. Ini adalah kerana pemaju, iaitu Dawntree Properties berpendapat bahawa rumah mempunyai nilai kefungsian yang lebih tinggi dan bukannya bertindak sebagai tempat bertuduh semata – mata. Rumah –rumah patut dibina untuk mengekalkan ataupun merapatkan hubungan sesame ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment