Monday 9 October 2017

SDB BAKAL MELANCARKAN PROJEK RM450MIL DI GOMBAK

Selangor Dredging Bhd. (SDB) berancang untuk melancarkan satu projek perkembangan di Gombak, Selangor dengan anggaran kos pelaburan sebanyak RM450mil.

Pihak pemaju memberitahu Bursa Malaysia bahawa mereka berancang untuk memajukan 588 unit perumahan, termasuk 176 unit hartanah bawah skim Selangorku dengan kemudahan-kemudahan awam.

Tarikh siap projek dan mula projek akan diumumkan kemudian dan SDB telah bersetuju untuk membeli 2 keping tanah agrikultur berkeluasan 4097 akre dari Alam Palma Development Sdn. Bhd (APDSB) dan Ebic Development Sdn. Bhd. Dengan kos sebanyak RM67.5mil untuk projek ini.

APDSB telah menghantar permohonan kepada peihak yang berkuasa untuk mengembangkan tanah tersebut dengan meningkatkan ketumpatan tanah sebanyak 60 unit/akre tetapi permohonan ini masih di bawah pertimbangan.

SDB telah menyatakan bahawa harga pembelian tanah adalah RM4.8mil lebih rendah daripada harga pasaran berdasarkan repot penilaian daripada Raine & Horne International Zaki+ Partners Sdn. Bhd. Pada 11 Januari 2016, iaitu sebanyak RM72.3mil. Selepas pembelian tanah tersebut, harga saham SDB telah meningkat sebanyak 94sen pada minggu lepas.

Dengan adanya projek perumahan ini, dijangka bahawa ramai pembeli akan membelinya untuk tujuan tinggal seisi rumah namun ada pula yang menjadikannya sebagai rumah untuk disewa Gombak kerana Gombak merupakan lokasi yang strategik untuk golongan pekerja yang bekerja di kawasan Kuala Lumpur tinggal.

1 comment:

  1. Tanya Tanya's Wedding Bands for Men - TITENIA
    We do not make an official name for the Tanya Tanya's Wedding titanium scrap price Bands, which are now ford escape titanium available titanium frame glasses for sale. This titanium plate website uses titanium nipple bars cookies,

    ReplyDelete