Tuesday 24 October 2017

PEMBANGUNAN BERKUALITI: PROJEK KAJANG EAST

Kajang East merupakan salah satu projek daripada MKH, di mana MKH merupakan pemaju utama untuk projek ini. Projek Kajang East adalah berdasarkan konsep “pembangunan dalam kehijauan”, ataupun boleh dikatakan pembangunan yang dijalankan dalam persekitaran yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan. Kajang East merupakan hartanah yang milik kekal, dengan jenis hartanah iaitu rumah teres dua tingkat. Secara keseluruhannya, Kajang East mempunyai 4 Precinct, iaitu Precinct 1, Precinct 2, Precinct 3 dan Precinct 4. Precinct 3 dan Precinct 4 telahpun habis dijual dan Precinct 2 masih dalam proses jualan dan dipercayai akan habis dijual dengan cepat. Pada masa yang akan datang, Precinct 1 akan siap dibina dan akan dibuka untuk dibeli oleh orang ramai.

Kajang East telah menjadi tumpuan orang ramai dan telah banyak dijadikan rumah sewa kajang atas beberapa sebab. Sebab utamanya ialah kedudukannya yang strategik di mana ianya sangat dekat untuk pergi ke bandar dan bandar-bandar lain yang berdekatan.Reka bentuk Kajang East turut mendapat sambutan yang positif di mana ia dikomen sebagai reka bentuk bangunan yang “berkualiti”, “moden” dan “selesa”. Reka bentuk Kajang East yang istimewa ini telah berjaya mendapat anugerah di dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment