Tuesday 18 July 2017

CYBERJAYA YANG SEMAKIN MENDAPAT PERHATIAN

Berdasarkan arus pembangunan, Cyberjaya bukan sahaja telah mengembang menjadi satu hub pembangunan teknologi dan juga berjaya menyahut lebih banyak penduduk untuk tinggal di situ. Kebanyakan penduduk yang tinggal disitu bekerja  dalam dalam kawasan perindustrian Cyberjaya dan tinggal di rumah sewa Cyberjaya. Hal ini demikian kerana mereka bekerja di kawasan tersebut bukan berasal dari Cyberjaya. Malahan ada pula penduduk di sana yang bekerja di kawasan lain, seperti Ampang, Kajang dan lain-lain.

Cyberjaya semakin mendapat perhatian kerana ia terletak di antara kedua-dua hub pembangunan yang pesat, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan bandar Kuala Lumpur. Faktor ini merupakan penyebab secara jangka masa pendek.

Untuk faktor penyebab jangka masa panjang, kerajaan akan melabur lebih banyak modal dalam pembangunan pengangkutan awam, sekolah, hospital dan masjid. Dengan ini, Cyberjaya akan menjadi pilihan pertama untuk bekerja, belajar, tinggal dan berekreasi.

Seperti yang dikatakan oleh pengerusi Setia Haruman, dalam 4 tahun yang  lepas Setia Haruman telah melancarkan hampir 4000 unit rumah mampu beli dengan harga jualan RM200,000 sehingga RM500,000.

Unit-unit mempunyai keluasan sebanyak 800 sehingga 1000sqf (bergantung kepada jenis rumah yang dibeli), dengan bilik tidur sebanyak 3, 2 bilik mandi  dan lain-lain. Berdasarkan beliau, projek Setia Haruman pasti mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk atas faktor harga dan lokasi.

Kesimpulannya, pembangunan Cyberjaya amat bergantung kepada beberapa faktor seperti faktor kedudukan geografi dan juga jarga hartanah.

Tuesday 4 July 2017

TARAGON KELANA, KELANA JAYA

Dalam kalangan bangunan pejabat di Kelana Jaya yang berlambak-lambak ini, Taragon Kelana merupakan salah satu tumpuan bangunan yang telah menjadi tumpuan. Taragon Kelana telah membekalkan kompleks pejabat secara retail di mana ia telah meningkatkan keagungan kawasan perniagaan di Kelana Jaya. Untuk pengetahuan anda, Taragon Kelana merupakan projek pembangunan daripada syarikat pemaju Blackstone Seven.

Bertempat di atas tanah seluas 1.1 acre, Taragon Kelana berdepan dengan lebuhraya LDP dan bersebelahan dengan GIant dan Kelana Jaya Mall. Ia terdiri daripada 8 blok kedai pejabat, 5 lot kedai cawangan dan 60 suit pejabat. Setakat ini, suit pejabat Taragon Kelana berharga dalam lingkungan RM460, 000 sehingga RM 643,000 untuk keluasan pejabat sebanyak 1054 - 1388 sf. Setiap suit pejabat mempunyai anjungnya dan bilik airnya yang tersendiri.

Untuk bahagian luaran Taragon Kelana pula, ia mempunyai, ia mempunyai lanskap dengan piazza air, pondok keselamatan, CCTV dan lot parking kereta sebanyak 7 tingkat.

Taragon Kelana agak berdekatan dengan kawasan perumahan dan rumah untuk disewa Kelana Jaya. Di mana ia sangat memudahkan golongan bekerja untuk pergi dan balik dari tempat kerja kerana jarak antara tempat tinggal dan tempat kerja yang dekat.

Secara pendeknya, Taragon Kelana Jaya mempunyai nilai hartanah yang tinggi atas sebab kedudukannya yang strategik, harga yang munasabah dan juga reka bentuk bangunan yang moden.