Monday 6 November 2017

PENGENALAN KEPADA KIPARK SELAYANG

KiPark Selayang merupakan satu kondominium jenis tanah hak milik kekal yang terletak di bandar Selayang, Selangor. Projek ini telah mengambil beberapa tahun untuk dilaksanakan dan telah disiapkan pada tahun 2008. Menurut maklumat yang dibekalkan, pemaju KiPark Selayang ialah KIP Group, atau nama penuhnya Kepong Industrial Park Group.

KiPark terdiri daripada bangunan yang setinggi 12 tingkat dengan kesemua unitnya 196 unit. Terdapatnya tiga jenis reka bentuk unit yang berlainan untuk dipilih oleh pembeli, iaitu 3 bilik tidur dan 2 bilik air; 3+1 bilik tidur dan 2 bilik air; 5 bilik tidur dan 4 bilik air untuk unit penthouse. Keluasan unit berjarak dari 967 sq.ft sehingga 1,139 sq.ft. Untuk unit standard dan 1,1914 sq.ft untuk unit penthouse. Antara unit-unit yang banyak ini, unit standard paling banyak digunakan sebagai rumah untuk disewa selayang kerana keluasannya yang tidak besar sangat.

Antara kemudahan-kemudahan yang boleh didapati di KiPark Selayang termasuklah gym, pasar mini, tapak permainan, tabika, kolam renang dan pengawal keselamatan 24 jam. Dari segi pengangkutan pula, Ki Park Selayang boleh dicapai dengan Lebuhraya Selayang-Kepong dan Middle Ring Road 2 (MRR2).

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai KiPark, sila cari melalui enjin carian Google dan mendapatkan komen-komen daripada penduduk KiPark Selayang.

No comments:

Post a Comment