Monday 25 September 2017

EMIRA SHAH ALAM

Untuk mereka yang ingin membeli hartanah di Shah Alam, terutamanya golongan pemuda – pemudia, ataupun mereka yang mengidami gaya hidup yang moden dan selesa, Emira Shah Alam pastinya menjadi pilihan utama mereka.

Emira terletak di Seksyen 13, Shah Alam, salah satu bahagian daripada Shah Alam yang paling sibuk. Walaubagaimanapun, di sini tempatnya anda boleh mencari rumah yang begitu aman dan selesa sekali. Emira merupakan gabungan daripada gaya moden dengan alam semula jadi, di mana gaya pembinaan yang amat moden telah bergabung dengan alam semula jadi. Ini dapat dilihat di Garden Patio, satu tempat yang anda boleh menyejukkan badan di dalam kolam renang semasa cuaca panas. Anda juga boleh menikmati Jacuzzi sambil melepaskan stress di dalam minda. Taman yang penuh dengan kehijauan turut sempurna sekali untuk anda nikmati bersama-sama dengan pemandangan Bandar raya yang begitu anggun sekali dari puncak Sky Patio.

Di Emira, apa – apa kemudahan boleh dicapai dengan hanya berjalan kaki – pusat membeli belah (AEON), hospital, institusi pengajian tinggi (KDU), resort dan lain-lain. Selain itu, stesen LRT & BRT turut bakal dibina dalam kawasan ini.

Berdasarkan maklumat-maklumat seperti yang dinyatakan, memang sah Emira sesuai dijadikan pangapuri untuk disewa di Shah Alam, atas sebab persekitarannya yang cantik dan anggun, dan kemudahan – kemudahan yang amat lengkap sekali.


No comments:

Post a Comment