Wednesday 8 February 2017

Rumah Sewa Kuala Lumpur



Kuala Lumpur, atau dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan kapital negara Malaysia dan juga bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar ini sebesar 243km2 dan populasinya dijangka mencecah 1.7 milion pada tahun 2015. Ia adalah salah satu metropolitan yang paling cepat berkembang di Asia Tenggara dari segi populasi dan ekonomi.Terdapatnya beberapa simbol kemajuan negara yang terletak di Kuala Lumpur, contohnya Menara KLCC yang telah menjadi ikon dan kebanggaan negara kita.

Ia masih menjadi perdebatan bahawa siapa yang mewujudkan atau menamakan Kuala Lumpur. Pelombong Cina telah terlibat dalam perlombongan bijih timah di sekitar Sungai Selangor manakala orang Sumatera tinggal di bahagian atas hilir Sungai Klang. Kuala Lumpur berada di kedudukan yang strategic kerana bekalan-bekalan dapat diperolehi dengan mudah dan hasil lombong boleh dihantar ke tempat yang lain dengan mudah.

Pada zaman sekarang, Kuala Lumpur telah banyak berubah dari segi kegiatan ekonomi. Kini Kuala Lumpur dan bandar-bandar di sekelilingnya telah membentuk satu kawasan yang paling cepat berkembang dari segi ekonomi dan kegiatan industri. Di sinilah tempatnya terletak Putrajaya, iaitu pusat pentadbiran negara, Bank Negara Malaysia dan lain – lain. bandar ini merupakan pusat kepada ekonomi, insuran, hartanah, media  intelektual dan seni. Malahan Kuala Lumpur telah dinilai sebagai “Alpha World City” oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Pembangunan infrastruktur seperti Kuala Lumpur International Airport di Sepang, Multimedia Super Corridor dan perkembangan Port Klang telah mengukuhkan ekonomi di Kuala Lumpur.

Atas sebab perkembangan ekonomi yang pesat, tenaga manusia dan kemahiran manusia diperlukan oleh kawasan Kuala Lumpur dalam bilangan yang besar. Ini menyebabkan ramai pekerja tempatan dan asing berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Ia juga negeri pilihan utama graduan-graduan universiti mencari kerja kerana peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang lebih lumayan berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, ramai juga peniaga yang memilih untuk memulakan / memajukan bisnes mereka di sini memandangkan keupayaan berbelanja dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.


Bersama-sama dengan perkembangan ekonomi dan keperluan tenaga manusia yang tinggi, hartanah di Kuala Lumpur turut mengikut jejak dan mengalami peningkatan nilai hartanah yang amat pesat sekali. Ini telah menjadikan ramai pemuda-pemudi yang baru bekerja atau golongan berpendapatan sederhana tidak mampu membeli rumah, mahupun unit kondo. Oleh demikian, ramai pelabur sama ada pelabur tempatan atau luar negara telah membeli unit-unit kondo dengan tujuan dijadikan rumah sewa. Rumah Sewa Kuala Lumpur sering mendapat sambutan yang hangat daripada golongan pekerja dan pelajar kerana harga yang lebih murah berbanding dengan bayaran ansuran pinjaman rumah, selain daripada keupayaan yang terhad dalam mengumpulkan wang deposit pembelian rumah.

Kini ia telah menjadi tren untuk menyewa rumah di luar kawasan pusat Kuala Lumpur atas faktor harga sewa dan kekosongan. Contohnya, pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur memilih untuk sewa rumah di Ampang atau Kajang, walaupun terpaksa bangun awal untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja.

Akhir kata, perkembangan ekonomi Kuala Lumpur amat berkaitan dengan perkembangan hartanah atas sebab peningkatan dari segi keperluan dan bekalan. Keperluan yang tinggi dan bekalan yang terhad telah menjadikan nilai hartanah Kuala Lumpur melambung tinggi dan selanjutnya membesarkan jurang kemampuan pembelian rumah.

Rumah Sewa Bangi



Bangi merupakan satu bandar kecil yang terletak di bahagian selatan Hulu Langat, Selangor. Secara kasarnya, ia terletak di antara bandar Kajang (berjarak 11km) dan Putrajaya (berjarak 15km). Bandar ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, di mana ladang-ladang ini telah dihapuskan secara beransur-ansur dan digantikan dengan bangunan-bangunan di bandar. Ia dikelilingi oleh beberapa kampung kecil Melayu, Kampung Bangi, Kampung Bahagia, Kampung Batu Lima dan Kampung Rinching. Bangi selalu disalah faham sebagai Bandar Baru Bangi, iaitu bandar yang jauh lebih basar dan terletak di bahagian utara dan lebih dekat dengan Kajang. 



Bandar Baru Bangi pula merupakan “Bandar Pengetahuan” yang berada di Hulu Langat, Selangor. Ia telah dinamakan berdasarkan nama Bangi. Ia berada di antara Kajang dan Putrajaya dan berjarak 25km dari Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi dinamakan sebagai “Bandar Pengetahuan” kerana di sini terletaknya pelbagai institusi pengajian tinggi, contohnya Maktab Perguruan Islam (MPI), Malaysian France Institute (UNIKL – MFI), Kolej Poly – Tech MARA (KPTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Institute Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Germa – Malaysian Institute (GMI), Aviation Management College (AMC) dan yang penting sekali Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM merupakan universiti tempatan yang telah dinaik taraf sebagai RU (research university) dan memuatkan pelajar yang paling banyak. Di sini terletaknya perpustakaan yang menyimpan arkib-arkib yang paling banyak di Malaysia.

Dengan adanya institusi-institusi tinggi di Bandar Baru Bangi, bersama-sama dengan perkembangan industri di sana, ia telah menyumbang kepada perkembangan pembinaan kawasan perumahan yang pesat. Hal ini demikian kerana permintaan yang tinggi daripada golongan pelajar dan pekerja yang berada di Bandar Baru Bangi. Sebagai contohnya, pelajar yang belajar di UKM memilih untuk tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi kerana tidak puas hati dengan fasiliti dan makanan di asrama,manakala di Bandar Baru Bangi terdapatnya tempat tinggal yang lebih selesa dan pilihan makanan yang lebih banyak. Walaupun mereka terpaksa untuk memandu pergi dan balik ke UKM setiap hari, mereka tetap memilih untuk sewa rumah Bangi. Terdapat juga pelajar yang memilih untuk menyewa bilik dan berkongsi dengan rakan untuk menjimatkan kos, manakala ada yang memilih untuk sewa rumah Bangi. Selain daripada UKM, institusi – institusi pengajian tinggi yang lain turut menyumbang kepada fenomena ini.

Untuk golongan pekerja pula, Bandar Baru Bangi dipenuhi dengan kilang – kilang di mana sebahagian daripada pekerja yang berasal dari negeri atau negara lain. Mereka terpaksa untuk menyewa rumah di Bangi atas faktor modal dan kesesuaian untuk membeli hartanah di Bangi. Kebanyakan daripada golongan pekerja kilang tidak mempunyai gaji yang tinggi, manakala sebahagian daripada pekerja berpendapatan tinggi pula berasal dari negara lain dan mereka akan pula ke negeri asal setelah tempoh kontrak  luput.

Secara ringkasnya, institusi-institusi pengajian tinggi dan industri di Bandar Baru Bangi telah menyumbang kepada perkembangan hartanah di Bangi, di samping membawa keuntungan yang lumayan kepada kerajaan tempatan.

Wednesday 1 February 2017

TEMPAT MENARIK DI SHAH ALAM



Shah Alam merupakan salah satu daerah yang terletak di negeri Selangor, berdekatan dengan daerah Petaling Jaya dan sebahagian daripada daerah Klang. Setelah kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, ia telah dijadikan bandar terancang yang pertama di Malaysia. Shah Alam adalah daerah kapital untuk negeri Selangor. Ia juga dikenali sebagai daerah industri disebabkan oleh banyak kilang-kilang dan kawasan perindustrian, terutamanya industri berat yang terletak di situ. Ia telah membekalkan penduduk tempatan peluang pekerjaan dan keuntungan lumayan untuk negeri Selangor.


 Untuk pengetahuan anda, Shah Alam mempunyai beberapa destinasi pelancongan yang menarik dan wajib dikunjungi oleh pelancong. “Masjid Biru” atau Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz merupakan masjid yang terbesar di Malaysia. Ia mampu memuatkan 24,000 orang penganut. Salah satu tumpuan menariknya ialah lanskap Taman Kesenian Islam yang terdiri daripada kaligrafi, lukisan, ukiran dan seni bina Islam.

Muzium Sultan Alam Shah yang berdekatan dengan Perpustakaan Negeri Selangor (Perpustakaan Raja Tun Uda) dan Kompleks Kesenian Islam Selangor merupakan tempat penyimpanan karya kesenian kaligrafi islam yang dikenali sebagai khat. Bandar ini juga dikelilingi oleh taman rekreasi dan juga Taman Tasik Shah Alam. Taman Tasik Shah Alam terdiri daripada 7 tasik buatan manusia yang menjadi destinasi rekreasi penduduk tempatan pada hujung minggu.

Setiap tahun, Bon Odori akan diadakan di Panasonic Sports Complex di Seksyen 21 dan ia membekalkan peluang kepada penduduk tempatan dan juga dari negeri lain kepada kebudayaan Jepun dengan pelbagai jenis makanan dan minuman selain daripada tarian tradisional Jepun. Setiap tahun ia berjaya menarik berpuluh ribu pelancong dari negeri lain untuk menyertai perayaan ini. Kebanyakan pelancong memilih untuk singgah di hotel atau rumah sewa Shah Alam secara sementara. Rumah sewa Shah Alam selalunya menjadi tumpuan pelancong dan penduduk kerana harganya yang lebih murah berbanding dengan persinggahan di hotel.