Tuesday 2 May 2017

PENGENALAN KEPADA SETIAWANGSA

Setiawangsa terletak di bahagian timur Kuala Lumpur, Malaysia dan ia hanya 4km daripada pusat bandar. Di samping itu, ia juga berada di bahagian kanan kepada Ampang.

Puncak Setiawangsa dan Bukit Setiawangsa merupakan kawasan perumahan yang dibina atas bukit dengan kawasan sekelilingnya yang amat sunyi sepi sekali. Namun begitu, kawasan yang sunyi ini hanya beberapa minit masa memandu dari pusat bandar yang amat sibuk sekali.

Dengan adanya Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE), keadaan lebuh raya di Setiawangsa bertambah dengan baik. Ini menjadikan hartanah di Setiawangsa menjadi hangat dan harga sewa rumahnya agak setanding dengan sewa rumah di Kuala Lumpur. Rumah utk disewa Setiawangsa banyak diwujudkan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan, golongan pekerja yang bekerja di Setiawangsa dan juga golongan pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur.

Ramai pekerja bekerja di Setiawangsa kerana di sini juga terletaknya beberapa syarikat atau kilang di sini, contohnya, Texas Instruments, I & P Right Balance Group, Fidin Universal, Tanjung and RB Helicopters mendirikan kilang operasi mereka di sini. Cawangan pusat membeli belah Jepun, iaitu JUSCO turut mula beroperasi di sini semenjak tahun 2008. Yakni, ramai golongan pekerja yang berasal dari negeri lain berpusu-pusu untuk mendapatkan kerja di Setiawangsa, kemungkinan besar disebabkan oleh peluang pekerjaan yang tinggi.

Setiawangsa dapat dihubungi dengan menggunakan alat-alat pengangkutan, seperti kereta. Mont Kiara atau Segambut dapat dihubungi dengan menggunakan MRR2 dan DUKE. Selain daripada kereta, bas dan motosikal, Setiawangsa juga boleh dihubungi dengan perkhidmatan LRT, dengan menggunakan Kelana Jaya Line. Nama stesen LRT di Setiawangsa mempunyai nama yang sama dengan nama tempatnya.

No comments:

Post a Comment