Wednesday 24 May 2017

PE NGENALAN KEPADA PALM SPRING KOTA DAMANSARA

Palm Spring, atau juga dikenali sebagai kondominium Palm Spring merupakan kondominium yang berkepadatan tinggi yang berlokasi di Kota Damansara. Pemaju Palm Spring alah Muafakat Kekal. Palm Spring meliputi 6 buah bangunan kondo dengan jumlah 2,180 unit secara keseluruhan. Setiap blok mempunyai reka bentuk U dan ia terdapatnya 329 buah lot parking kereta. Untuk pengetahuan anda, setiap blok mempunyai 38 lot parking untuk pelawat.

Tambahan pula, berada di bahagian tepi Palm Spring terdapatnya beberapa deret kedai yang terdiri daripada kafe, restoran, 7-Eleven. Palm Spring agak strategik lokasinya kerana anda dapat mencapai ke pusat membeli-belah seperti The Curve, Cineleisure dan IPC (sebelum ini dikenali sebagai Ikano Power Centre). Dari pusat-pusat membeli-belah ini anda boleh mencapai ke IKEA, Kidzania dan lebih banyak lagi.

Untuk tempat makanan dan minuman pula, berdekatan dengan Palm Spring mempunyai pelbagai restoran dan kafe. Jikalau anda berasa lapar pada waktu malam, di sini terdapat beberapa kedai makanan mamak yang buka secara 24 jam. Kemudahan-kemudahan sukan seperti gelanggang badminton, kolam renang dan taman permainan juga terdapat di situ. Kesemua kemudahan – kemudahan ini dijaga dengan baik.

Palm Spring mempunyai nilai hartanah yang baik. Pada tahun 2011, satu unit yang berkeluasan 936 sqf bernilai RM260K manakala satu tahun kemudian ia mencecah RM330K. Ia dijangka akan bertambah nilai berkali ganda selepas stesen MRT siap dibina di kawasan ini.

Yakni, Palm Spring amat sesuai untuk dijadikan rumah sewa Kota Damansara sementara menunggu nilainya semakin meningkat dari setahun ke setahun. Rumah sewa Kota Damansara turut meendapat sambutan yang baik daripada golongan pekerja dan pelajar yang berasal dari luar negeri.

No comments:

Post a Comment