Wednesday 10 May 2017

SELAYANG18 | GAYA HIDUP YANG SELESA

Selayang.18 merupakan salah satu projek yang agak baru dan telah mendapatkan perhatian daripada banyak pihak. Terletak di Bandar Baru Selayang, bangunan pencakar langit ini mudah mendapat perhatian dan ia telah menjadi ikon tempatan.

Kedudukan Selayang.18 sangat strategik, iaitu di tengah-tengah Bandar Baru Selayang, iatu bandar yang berdekatan dengan Gombak.ianya begitu mudah sekali untuk anda pergi ke mana-mana sahaja kerana ia dapat dihubungi dengan pelbagai lebuhraya yang utama dalam kawasan tersebut. Ia juga amat berdekatan dengan pelbagai jenis kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan jabatan-jabatan kerajaan. Ini akan memudahkan segala urusan anda di samping menjamin kesenangan hidup seharian.

Dari pandangan luaran, Selayang.18 menggunakan reka bentuk arkitektual yang terkini dan moden. Ia tidak akan kelihatan ketinggalan zaman walaupun 10 tahun kemudian. Ia kelihatan amat mewah sekali. Untuk bahagian dalaman pula, infrastruktur-infrastruktur direka dan dibina dengan begitu teliti sekali. Dari kolam renang, kemudahan BBQ, taman permainan kanak-kanak, gym dan lain-lain, kesemua ini menjadikan Selayang. 18 begitu anggun dan kelihatan moden. Selayang.18 merupakan hasil kesebatian daripada konkrit dan alam semula jadi, di mana kecantikannya berasal daripada kombinasi keindahan seni arkitek dan juga kecantikan tumbuh-tumbuhan.

Berdasarkan maklumat, sekarang ia hanya memerlukan RM1,000 untuk memiliki satu unit di Selayang.18. Keluasannya sebanyak 856 sft dengan harganya hanya RM 5xx,xxx. Ramai pelabur membeli unit di Selayang.18 untuk dijadikan rumah untuk disewa Gombak kerana ia amat tinggi nilai hartanahnya jikalau disewa kepada penyewa. Hal ini demikian kerana golongan pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur boleh tinggal di Gombak, tanpa perlu menampung kos sewa rumah di pusat bandar yang jauh lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment