Tuesday 18 April 2017

PENGENALAN KEPADA KOTA DAMANSARA (SEKSYEN 7 & 8)

Kota Damansara merupakan salah satu bandar yang terletak di daerah Petaling dengan keluasan kawasan sebanyak 16km2. Ia telah mula dibangunkan oleh PKNS semenjak tahun 1992 secara persendirian. Namun begitu, selaras dengan pengedaran zaman dan peningkatan penduduk secara mendadak di kawasan Petaling dan Kuala Lumpur, PKNS terpaksa menukar bentuk pengusahaan di Kota Damansara kepada perswastaan, di mana pengusaha-pengusaha swasta yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan Kota Damansara turut boleh menyertai pembangunan ini.  Semenjak transformasi dari bentuk pembangunan, Kota Damansara telah membangun dengan amat pesat dan lebih banyak kawasan perumahan dan perindustrian telah dibangunkan dalam masa yang amat pendek.

Seksyen 7 Kota Damansara merupakan salah satu kawasan di Kota Damansara yang amat penting kerana di sini tempat terletaknya banyak pejabat-pejabat pengurusan kerajaan mahupun swasta. Seksyen 7 turut dikenali sebagai Jalan Nuri 7/xx dan Dewan Orang Ramai MBPJ terletak di situ. Selain itu, Seksyen 8 di Kota Damansara juga sangat penting kerana banyak juga pejabat yang terletak di kawasan ini. Sebagai contoh, cawangan PKNS dan pejabat pendaftaran terletak di Seksyen 8. Di sini tempatnya orang ramai mendaftar kelahiran dan kematian saudara mara, memohon sijil kelahiran dan kematian, mendaftar untuk perkahwinan dan juga kad pengenalan. Selain itu, Hospital Pusrawi juga terletak di Seksyen 8 menjadikannya amat mudah sekali untuk penduduk tempatan mendapatkan bantuan perubatan. Yakni, ramai pelabur memilih untuk melabur di sini dengan membeli hartanah dan menyewa kepada parti yang lain. Rumah utk disewa Kota Damansara selalunya mendapat sambutan hangat di Seksyen 8 kerana kedudukannya yang sangat berdekatan dengan pejabat-pejabat pengurusan sama ada kerajaan mahupun swasta. Oleh sebab itu, ia agak sukar untuk mencari rumah yang bersesuaian dengan anda dan banyak masa dan tenaga diperlukan dalam proses pencarian.

No comments:

Post a Comment