Wednesday 8 February 2017

Rumah Sewa Kuala Lumpur



Kuala Lumpur, atau dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan kapital negara Malaysia dan juga bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar ini sebesar 243km2 dan populasinya dijangka mencecah 1.7 milion pada tahun 2015. Ia adalah salah satu metropolitan yang paling cepat berkembang di Asia Tenggara dari segi populasi dan ekonomi.Terdapatnya beberapa simbol kemajuan negara yang terletak di Kuala Lumpur, contohnya Menara KLCC yang telah menjadi ikon dan kebanggaan negara kita.

Ia masih menjadi perdebatan bahawa siapa yang mewujudkan atau menamakan Kuala Lumpur. Pelombong Cina telah terlibat dalam perlombongan bijih timah di sekitar Sungai Selangor manakala orang Sumatera tinggal di bahagian atas hilir Sungai Klang. Kuala Lumpur berada di kedudukan yang strategic kerana bekalan-bekalan dapat diperolehi dengan mudah dan hasil lombong boleh dihantar ke tempat yang lain dengan mudah.

Pada zaman sekarang, Kuala Lumpur telah banyak berubah dari segi kegiatan ekonomi. Kini Kuala Lumpur dan bandar-bandar di sekelilingnya telah membentuk satu kawasan yang paling cepat berkembang dari segi ekonomi dan kegiatan industri. Di sinilah tempatnya terletak Putrajaya, iaitu pusat pentadbiran negara, Bank Negara Malaysia dan lain – lain. bandar ini merupakan pusat kepada ekonomi, insuran, hartanah, media  intelektual dan seni. Malahan Kuala Lumpur telah dinilai sebagai “Alpha World City” oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC). Pembangunan infrastruktur seperti Kuala Lumpur International Airport di Sepang, Multimedia Super Corridor dan perkembangan Port Klang telah mengukuhkan ekonomi di Kuala Lumpur.

Atas sebab perkembangan ekonomi yang pesat, tenaga manusia dan kemahiran manusia diperlukan oleh kawasan Kuala Lumpur dalam bilangan yang besar. Ini menyebabkan ramai pekerja tempatan dan asing berpindah ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Ia juga negeri pilihan utama graduan-graduan universiti mencari kerja kerana peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang lebih lumayan berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, ramai juga peniaga yang memilih untuk memulakan / memajukan bisnes mereka di sini memandangkan keupayaan berbelanja dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain.


Bersama-sama dengan perkembangan ekonomi dan keperluan tenaga manusia yang tinggi, hartanah di Kuala Lumpur turut mengikut jejak dan mengalami peningkatan nilai hartanah yang amat pesat sekali. Ini telah menjadikan ramai pemuda-pemudi yang baru bekerja atau golongan berpendapatan sederhana tidak mampu membeli rumah, mahupun unit kondo. Oleh demikian, ramai pelabur sama ada pelabur tempatan atau luar negara telah membeli unit-unit kondo dengan tujuan dijadikan rumah sewa. Rumah Sewa Kuala Lumpur sering mendapat sambutan yang hangat daripada golongan pekerja dan pelajar kerana harga yang lebih murah berbanding dengan bayaran ansuran pinjaman rumah, selain daripada keupayaan yang terhad dalam mengumpulkan wang deposit pembelian rumah.

Kini ia telah menjadi tren untuk menyewa rumah di luar kawasan pusat Kuala Lumpur atas faktor harga sewa dan kekosongan. Contohnya, pekerja yang bekerja di Kuala Lumpur memilih untuk sewa rumah di Ampang atau Kajang, walaupun terpaksa bangun awal untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja.

Akhir kata, perkembangan ekonomi Kuala Lumpur amat berkaitan dengan perkembangan hartanah atas sebab peningkatan dari segi keperluan dan bekalan. Keperluan yang tinggi dan bekalan yang terhad telah menjadikan nilai hartanah Kuala Lumpur melambung tinggi dan selanjutnya membesarkan jurang kemampuan pembelian rumah.

No comments:

Post a Comment