Wednesday 8 February 2017

Rumah Sewa Bangi



Bangi merupakan satu bandar kecil yang terletak di bahagian selatan Hulu Langat, Selangor. Secara kasarnya, ia terletak di antara bandar Kajang (berjarak 11km) dan Putrajaya (berjarak 15km). Bandar ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, di mana ladang-ladang ini telah dihapuskan secara beransur-ansur dan digantikan dengan bangunan-bangunan di bandar. Ia dikelilingi oleh beberapa kampung kecil Melayu, Kampung Bangi, Kampung Bahagia, Kampung Batu Lima dan Kampung Rinching. Bangi selalu disalah faham sebagai Bandar Baru Bangi, iaitu bandar yang jauh lebih basar dan terletak di bahagian utara dan lebih dekat dengan Kajang. 



Bandar Baru Bangi pula merupakan “Bandar Pengetahuan” yang berada di Hulu Langat, Selangor. Ia telah dinamakan berdasarkan nama Bangi. Ia berada di antara Kajang dan Putrajaya dan berjarak 25km dari Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi dinamakan sebagai “Bandar Pengetahuan” kerana di sini terletaknya pelbagai institusi pengajian tinggi, contohnya Maktab Perguruan Islam (MPI), Malaysian France Institute (UNIKL – MFI), Kolej Poly – Tech MARA (KPTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Institute Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Germa – Malaysian Institute (GMI), Aviation Management College (AMC) dan yang penting sekali Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM merupakan universiti tempatan yang telah dinaik taraf sebagai RU (research university) dan memuatkan pelajar yang paling banyak. Di sini terletaknya perpustakaan yang menyimpan arkib-arkib yang paling banyak di Malaysia.

Dengan adanya institusi-institusi tinggi di Bandar Baru Bangi, bersama-sama dengan perkembangan industri di sana, ia telah menyumbang kepada perkembangan pembinaan kawasan perumahan yang pesat. Hal ini demikian kerana permintaan yang tinggi daripada golongan pelajar dan pekerja yang berada di Bandar Baru Bangi. Sebagai contohnya, pelajar yang belajar di UKM memilih untuk tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi kerana tidak puas hati dengan fasiliti dan makanan di asrama,manakala di Bandar Baru Bangi terdapatnya tempat tinggal yang lebih selesa dan pilihan makanan yang lebih banyak. Walaupun mereka terpaksa untuk memandu pergi dan balik ke UKM setiap hari, mereka tetap memilih untuk sewa rumah Bangi. Terdapat juga pelajar yang memilih untuk menyewa bilik dan berkongsi dengan rakan untuk menjimatkan kos, manakala ada yang memilih untuk sewa rumah Bangi. Selain daripada UKM, institusi – institusi pengajian tinggi yang lain turut menyumbang kepada fenomena ini.

Untuk golongan pekerja pula, Bandar Baru Bangi dipenuhi dengan kilang – kilang di mana sebahagian daripada pekerja yang berasal dari negeri atau negara lain. Mereka terpaksa untuk menyewa rumah di Bangi atas faktor modal dan kesesuaian untuk membeli hartanah di Bangi. Kebanyakan daripada golongan pekerja kilang tidak mempunyai gaji yang tinggi, manakala sebahagian daripada pekerja berpendapatan tinggi pula berasal dari negara lain dan mereka akan pula ke negeri asal setelah tempoh kontrak  luput.

Secara ringkasnya, institusi-institusi pengajian tinggi dan industri di Bandar Baru Bangi telah menyumbang kepada perkembangan hartanah di Bangi, di samping membawa keuntungan yang lumayan kepada kerajaan tempatan.

No comments:

Post a Comment