Monday 14 August 2017

KARIPAP WARUNG PAK DIN

Karipap merupakan salah satu makanan minum petang atau sarapan yang sangat disukai oleh penduduk Malaysia - isi pati kari yang telah dimasak dimasukkan ke dalam penyalut tepung dan telah ditutup dan digoreng sehingga warna keemasan. Lapisan luarannya begitu rangup sekali dan sangat wangi dan sedap dimakan.

Warung Pak Din terletak di Taman Palm Grove, di mana taman ini banyak terdapatnya rumah utk disewa Klang dan ditinggal oleh ramai penduduk. Gerai ini terletak di antara dua banglo di Jalan Pinang dan Jalan Ladang.

Perniagaan ini dimulakan semenjak tahun 1975 dan telah dinamakan sebagai Warung Pak Din pada tahun 1979. Gerai ini telah beransur-ansur berubah bentuk menjadi gerai makanan yang mempunyai tempat duduk dan meja. Sebanyak 50 jenis kuih melayu, mee dan minuman turut dijual di gerai ini. Walaubagaimanapun, makanan yang paling digemari oleh penduduk tempatan ialah karipap kari kentang dan karipap kari ayam. Karipap Pak Din begitu istimewa sekali kerana ia terdiri daripada campuran herba, cili kering, halia dan lain-lain untuk menghasilkan karipap yang amat disukai oleh penduduk tempatan. Terdapat juga pelanggan yang menempah karipap Pak Din untuk sajian semasa kenduri dan sambutan.

Gerai Pak Din dibuka setiap hari dari 11am sehingga 6pm kecuali hari Jumaat. Kunjungilah ke gerai Pak Din untuk menikmati karipap yang enak.

No comments:

Post a Comment