Tuesday 1 August 2017

EMPAT ORANG SUSPEK TERBUNUH SEMASA BALAS TEMBAKAN DENGAN POLIS

Kejadian ini berlaku di Wangsa Maju pada 11 May 2017. Keempat - empat suspek ini dipercayai terlibat dalam kes - kes rompakan “Geng Civic”.

Suspek - suspek mengenal pasti mangsa mereka dengan menunggu di sekitar bank. Mereka yang mengambil wang keluar daripada mesin ATM berkemungkinan besar akan dirompak.

Sebelum suspek - suspek ini ditembak mati, mereka mengekori mangsa yang baru mengambil wang keluar sebanyak RM 40,000 dari mesin ATM di Sri Gombak. Mangsa telah memandu kereta dan sampai di Wangsa Maju dan di sini tempatnya suspek - suspek telah menggunakan parang sebagai senjata dan merompakkan wang tersebut daripada mangsa.

Suspek telah menyamun beg yang diisikan dengan wang daripada mangsa dan juga mencederakannya. Pihak polis telah dihubungi dan melaksanakan dengan segera. Mereka dapat mengesan suspek yang masih berada di kawasan yang berdekatan dengan tempat kejadian.

Apabila polis telah sampai ke kawasan tersebut, di mana kebanyakan penduduk di sana tinggal di rumah sewa wangsa maju, suspek telah menembak ke arah polis dengan pistol. Pihak polis telah membalas tembakan dan sebagai akibatnya, semua suspek telah ditembak sampai mati.

Pihak polis telah merampas 2 bilah pisau parang dan 2 bentuk pistol yang digunaka oleh suspek.

No comments:

Post a Comment