Tuesday 4 July 2017

TARAGON KELANA, KELANA JAYA

Dalam kalangan bangunan pejabat di Kelana Jaya yang berlambak-lambak ini, Taragon Kelana merupakan salah satu tumpuan bangunan yang telah menjadi tumpuan. Taragon Kelana telah membekalkan kompleks pejabat secara retail di mana ia telah meningkatkan keagungan kawasan perniagaan di Kelana Jaya. Untuk pengetahuan anda, Taragon Kelana merupakan projek pembangunan daripada syarikat pemaju Blackstone Seven.

Bertempat di atas tanah seluas 1.1 acre, Taragon Kelana berdepan dengan lebuhraya LDP dan bersebelahan dengan GIant dan Kelana Jaya Mall. Ia terdiri daripada 8 blok kedai pejabat, 5 lot kedai cawangan dan 60 suit pejabat. Setakat ini, suit pejabat Taragon Kelana berharga dalam lingkungan RM460, 000 sehingga RM 643,000 untuk keluasan pejabat sebanyak 1054 - 1388 sf. Setiap suit pejabat mempunyai anjungnya dan bilik airnya yang tersendiri.

Untuk bahagian luaran Taragon Kelana pula, ia mempunyai, ia mempunyai lanskap dengan piazza air, pondok keselamatan, CCTV dan lot parking kereta sebanyak 7 tingkat.

Taragon Kelana agak berdekatan dengan kawasan perumahan dan rumah untuk disewa Kelana Jaya. Di mana ia sangat memudahkan golongan bekerja untuk pergi dan balik dari tempat kerja kerana jarak antara tempat tinggal dan tempat kerja yang dekat.

Secara pendeknya, Taragon Kelana Jaya mempunyai nilai hartanah yang tinggi atas sebab kedudukannya yang strategik, harga yang munasabah dan juga reka bentuk bangunan yang moden.

No comments:

Post a Comment