Monday 19 June 2017

FAKTA-FAKTA MENGENAI PATUNG DEWA MURUGAN BATU CAVES

Batu Caves merupakan gua kapur dan di dalam terletaknya beberapa buah kuil Hindu. Batu Caves terletak di daerah Gombak yang terletak di bahagin utara Kuala Lumpur. Batu Caves memperolehi namanya daripada Sungai Batu atau Batu River, iaitu sungai yang mengalir melalui bukit tersebut. Di samping itu, Batu Caves turut mendapat namannya daripada kampung yang berdekatan.

Batu Caves amat terkenal dengan patung dewa Hindu yang terletak di bahagian luar Batu Caves. Dewa tersebut merupakan Lord Murugan dan ia adalah fokus perayaan Thaipusam di Malaysia.

Patung Dewa Murugan dibina daripada 250 tan batang besi, 1,550 kubik meter konkrit dan 300 liter cat emas Thailand. Tingginya sebanyak 42.7 meter dan patung ini mula dibina semenjak tahun 2004 dan telah disiap 3 tahun kemudian, iaitu tahun 2006. Pada Januari 2006, semasa perayaan Thaipusam patung Murugan telah dirasmikan. Untuk pengetahuan anda, patung Dewa Murugan di Batu Caves merupakan patung Dewa Murugan yang tertinggi.

Dewa Murugan merupakan anak kepada Parvati dan Shiva dan abang kepada Ganesha. Dewa Murugan melambangkan kemudaan yang kekal serta dewa peperangan dan patung atau arcanya biasa boleh dijumpai di mana-mana kuil Hindu.

Patung Murugan di Batu Caves telah berjaya menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Di sekeliling Batu Caves terdapat pula kawasan-kawasan perumahan. Terdapatnya pelbagai jenis rumah di situ, antaranya ialah rumah utk disewa Batu Caves di mana ramai penduduk tempatan dan asing yang menyewa rumah di situ.

Kesimpulannya, Batu Caves merupakan tumpuan pelancong dan juga penduduk atas kegiatan pelancongan yang giat.

No comments:

Post a Comment