Tuesday 14 March 2017

Sejarah Jelutong

Jelutong berasal daripada bahasa Hokkien, iaitu Jit Lor Tong. Ia merupakan salah satu tempat daripada Georgetown, Pulau Pinang Malaysia.

Sebelum zaman Francis Light, Ia telah mula diterokai pada lewat abad ke-18 oleh pedagang-pedagang Acheh dan India yang tinggal di sekitar muara sungai Pinang, Jelutong. Pada abad ke – 19, ia telah diterokai dengan lebih pesat lagi untuk kegiatan agrikultur dan kemudiannya untuk kegiatan-kegiatan industri dengan pembinaan kilang-kilang dalam bilangan yang banyak. apabila bilangan populasi Georgetown telah meningkat dengan mendadak, populasi di Georgetown terpaksa untuk tinggal di Jelutong dan menyebabkan peningkatan dari segi keluasan kawasan perumahan. Selain daripada kegiatan perindustrian yang pesat, ramai juga penduduk tempatan yang masih mengekalkan kegiatan ekonomi tradisional seperti menangkap ikan dan menghasilkan arang dengan menggunakan pohon pokok api-api di sekitar muara Sungai Pinang.

 Ia pernah menjadi kawasan hitam, atau huru-hara disebabkan oleh kegiatan gangster sehingga tahun 1980, di mana ia menjadi aman semenjak proses urbanisasi berlaku dan Jelutong berubah bentuk menjadi kawasan perumahan.

Jelutong paling dikenali oleh rakyat Malaysia apabila satu peguam tempatan, iaitu Karpal Singh berjaya menjadi wakil di parlimen. Karpal Singh merupakan ahli yang penting dalam parti politik DAP, atau Democratic Action Party dan beliau berjaya mengekalkan tempatnya di parlimen sepanjang 20 tahun, iaitu sehingga tahun 1999 dengan nama samara “Harimau Jelutong”.

Sehingga hari ini, Jelutong masih dikekalkan sebagai kawasan perumahan dan juga serba sedikit kawasan perkilangan. Harga hartanah di Jelutong amat tinggi sekali disebabkan oleh jaraknya yang dekat dengan Georgetown dan juga ke Universiti Sains Malaysia. Ia menjadi rebutan yang hangat kerana harga hartanah dan juga harga sewa rumah sewa Jelutong yang lebih murah berbanding dengan Georgetown. Ianya dipercayai bahawa nilai hartanah di Jelutong akan meningkat dengan berterusan mengikut pengedaran masa.

1 comment:

  1. Please don't lies about Jelutong's history if you don't know. I was the fifth generation resides in Jelutong before the Chinese mass migration into Penang. The Jelutong name came from Jelutong trees, I can give you a historical account of Jelutong's first settlement.

    ReplyDelete