Kuala Lumpur, atau dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
merupakan kapital negara Malaysia dan juga bandar yang terbesar di Malaysia.
Bandar ini sebesar 243km2 dan populasinya dijangka mencecah 1.7
milion pada tahun 2015. Ia adalah salah satu metropolitan yang paling cepat
berkembang di Asia Tenggara dari segi populasi dan ekonomi.Terdapatnya beberapa
simbol kemajuan negara yang terletak di Kuala Lumpur, contohnya Menara KLCC
yang telah menjadi ikon dan kebanggaan negara kita.
Ia masih menjadi perdebatan bahawa siapa yang mewujudkan atau menamakan
Kuala Lumpur. Pelombong Cina telah terlibat dalam perlombongan bijih timah di
sekitar Sungai Selangor manakala orang Sumatera tinggal di bahagian atas hilir
Sungai Klang. Kuala Lumpur berada di kedudukan yang strategic kerana
bekalan-bekalan dapat diperolehi dengan mudah dan hasil lombong boleh dihantar
ke tempat yang lain dengan mudah.
Pada zaman sekarang, Kuala Lumpur telah banyak berubah dari segi
kegiatan ekonomi. Kini Kuala Lumpur dan bandar-bandar di sekelilingnya telah
membentuk satu kawasan yang paling cepat berkembang dari segi ekonomi dan
kegiatan industri. Di sinilah tempatnya terletak Putrajaya, iaitu pusat
pentadbiran negara, Bank Negara Malaysia dan lain – lain. bandar ini merupakan
pusat kepada ekonomi, insuran, hartanah, media intelektual dan seni. Malahan Kuala Lumpur
telah dinilai sebagai “Alpha World City” oleh Globalization and World Cities
Study Group and Network (GaWC). Pembangunan infrastruktur seperti Kuala Lumpur
International Airport di Sepang, Multimedia Super Corridor dan perkembangan
Port Klang telah mengukuhkan ekonomi di Kuala Lumpur.
Atas sebab perkembangan ekonomi yang pesat, tenaga manusia dan
kemahiran manusia diperlukan oleh kawasan Kuala Lumpur dalam bilangan yang
besar. Ini menyebabkan ramai pekerja tempatan dan asing berpindah ke Kuala
Lumpur untuk bekerja. Ia juga negeri pilihan utama graduan-graduan universiti
mencari kerja kerana peluang pekerjaan yang banyak dan gaji yang lebih lumayan
berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Selain itu, ramai juga peniaga yang
memilih untuk memulakan / memajukan bisnes mereka di sini memandangkan
keupayaan berbelanja dan kepadatan penduduk yang lebih tinggi berbanding dengan
negeri-negeri lain.
Bersama-sama dengan perkembangan ekonomi dan keperluan tenaga manusia
yang tinggi, hartanah di Kuala Lumpur turut mengikut jejak dan mengalami
peningkatan nilai hartanah yang amat pesat sekali. Ini telah menjadikan ramai
pemuda-pemudi yang baru bekerja atau golongan berpendapatan sederhana tidak
mampu membeli rumah, mahupun unit kondo. Oleh demikian, ramai pelabur sama ada
pelabur tempatan atau luar negara telah membeli unit-unit kondo dengan tujuan
dijadikan rumah sewa. Rumah Sewa Kuala Lumpur sering mendapat sambutan yang
hangat daripada golongan pekerja dan pelajar kerana harga yang lebih murah
berbanding dengan bayaran ansuran pinjaman rumah, selain daripada keupayaan
yang terhad dalam mengumpulkan wang deposit pembelian rumah.
Kini ia telah menjadi tren untuk menyewa rumah di luar kawasan pusat
Kuala Lumpur atas faktor harga sewa dan kekosongan. Contohnya, pekerja yang
bekerja di Kuala Lumpur memilih untuk sewa rumah di Ampang atau Kajang,
walaupun terpaksa bangun awal untuk bergerak dari rumah ke tempat kerja.
Akhir kata, perkembangan ekonomi Kuala Lumpur amat berkaitan dengan
perkembangan hartanah atas sebab peningkatan dari segi keperluan dan bekalan.
Keperluan yang tinggi dan bekalan yang terhad telah menjadikan nilai hartanah
Kuala Lumpur melambung tinggi dan selanjutnya membesarkan jurang kemampuan
pembelian rumah.